21 December 2012

001 Speech-Less

Assalamualaikum and Hellooo :)

Tiba tiba aku rasa nak luahkan ape yang aku pendam selama ni kat sini. To haters, go die! Aku ulang, go die. 

Benda yang aku nak share ni takdelah pelik mana tapi bagi aku tak patut jadi. Just a life in superb university. Well known. Interpreneur and etc. Lol. Korang takkan nampak benda ni sampai lah semester 2 start. Bila mana, result final semester 1 dah keluar. Well, masa tu memang semua akan tanya result korang. 

Tapi tapi tapi... Bila start je belajar korang akan mula nampak perangai sebenar kawan kawan kau. Trust me. Mana yang masa semester 1 baik dengan kau, akan mula jauhkan diri lagi lagi kalau kau bukan dalam senarai Dekan. Berada dalam senarai Dekan merupakan satu anugerah yang boleh buat korang menjadi bualan orang. Kau akan dianggap genius, superb, superhero, superstar dan macam macam lagi. Lol

Bagi orang macam aku yang bukan berada dalam senarai Dekan, dah jadi kebiasaan pun kalau takde orang nak partner or satu group sekali. Itu lumrah. Manusia sekarang. Lebih rela menjadi hamba pointer. Semua jadi selfish. Minta maaf tapi itulah kebenarannya. Nak berjaya sendiri, tak fikir kawan kawan dah. Itu yang terjadi di tempat aku. Tapi itulah dunia realiti sekarang. Tuduh orang lain penyebab pointer jatuh. Nampak tak betapa tingginya darjat pointer?

Memang lah penting tapi perlu ke sampai nak jadi macam tu? Please lah. Allah dah tentukan rezeki masing masing. So jangan nak kerek sangat. Mesti ramai yang butthurt dengan post ni. Ramai jugak yang akan cakap, asal gelabah sangat mamat ni? Well, biasa lah tu kalau dah terasa kan. Spesies kaum Mayan. Lololl

Ada yang manis muka bila depan kau tapi belakang kau cakap bukan bukan. Good news, I'm one of the victim. Aku pun taktau apa masalah dorang sebenarnya. Stress sangat kot belajar? Mungkin. Al maklum lah semua belajar kos hebat hebat. Silence is the best way. Buat hal sendiri takpayah ambik peduli. Live in your own way. Cuma hormat sikit orang lain. Aku diam tak mesti kagum cuma malas nak mengaum. 


19 December 2012

Kisah Sem 3

Assalamualaikum and Hellooo :)

Ye, harini result final sem 3 baru saja diumumkan. Malang bagi aku sebab takdapat naikkan CGPA aku. Biarpun GPA meningkat tapi aku tetap kecewa. Kecewa dengan diri sendiri.

Kurang usaha, banyak leka. Itu lah diri aku. 5 semester lagi harus aku tempuh dan makin hari makin aku takut dengan bayang bayang diri sendiri. Mana diri aku yang dulu? Aku masih mencari. Mencari dalam kegelapan. Kadang kadang hati makin pudar. Kadang kadang menyesal memilih bidang kejuruteraan kimia tapi inilah hala tuju aku. Semua yang berlaku ada hikmahnya bukan?

Perlu lebih usaha. Lebih tawakal kepada Allah. Ubah diri menjadi yang lebih baik. Aku mencuba. Insyaallah. Cuti tinggal lagi 3 minggu, tak lama. Buka buku baru, jalani hari hari yang membosankan di Micet dengan lebih tenang. 

Rezeki Allah yang beri jadi tak perlu risau. Bukan mudah nak capai cita cita. Aku pegang dengan nukilan ini. Walau lanjut usia, tak mesti pengalaman berjela. Rantau orang kita tak tahu sikit muda tapi mungkin dah lihat dunia. Moga Allah beri kekuatan untuk aku meneruskan hidup. Amin.





13 December 2012

Nikmat Allah

Assalamualaikum and Hellooo :)

Bila aku buka twitter, ramai yang mengeluh tentang kehidupan mereka. Ada yang rasa hidup mereka susah. Hidup mereka tak aman. Tapi, sedar tak bahawa Allah dah beri kita berbagai macam nikmat? 

Ada yang jadi Doktor, jadi Engineer tapi hidup mereka tidak semestinya indah belaka. Kadang kadang orang yang tidak punya apa apa lagi indah hidup mereka. Bila kita asyik duduk termenung memikirkan diri sendiri, bayangkan pula kesusahan yang dialami orang lain. 

Ingat, Allah itu Maha Adil. Dia dah membahagi bahagikan rezeki untuk hambanya dengan sempurna. Mungkin hidup kita di dunia ini miskin tapi di Akhirat nanti, pasti akan berbeza. Kalau kau rasa hidup kau susah, pasti ada yang lagi susah. Ingat ingat dan ingat. Bersyukur lah dengan nikmat Allah. 


Aku menangis bila tengok video ni. Sedih dengan diri sendiri yang kurang bersyukur. Bila aku rasa diri aku lalai, aku akan ulang ulang dan ulang video ni. I hope by sharing this video will make us become more grateful person. Insyaallah.  

Gaza : Apa Cerita?

Assalamualaikum and Hellooo :)

Alhamdullilah, berada di bumi Mekah sesuatu yang tidak ternilai harganya. Semua orang nak ke sana tapi bermacam dugaan yang menghalang. Saat paling bernilai bagi aku apabila berjaya mengucup batu Hajarul Aswad. Semua berebut rebut, sanggup tolak menolak , berhimpit himpit hanya disebabkan oleh sebiji batu. Ajaib tapi itulah kebesaran Allah.

Memang aku ada pasangkan niat nak menjejak ke sana lagi, Insyaallah jika diizinkan. Tapi aku betul betul nak jejakkan kaki di bumi Gaza. Hanya Allah saja yang tahu. Aku nak lihat sendiri macam mana kehidupan mereka kat sana. Kehidupan yang sentiasa berperang. Ada sebuah video yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Tak lama pun, hanya 1 jam. Kalau kita boleh tengok movie sampai 2-3 jam, takkan lah takboleh spend sikit masa korang tu kan?


Menyedihkan sebab sekarang aku tengok McD pun dah penuh balik. Mula mula masa boikot dulu kemain semua post kat facebook. Tapi semua bertahan kejap je.  Biasalah orang Malaysia. Bila tengah hangat isu tu, semua ambik port tapi bila dah lama sikit, kembali macam biasa. 

Satu petikan yang terasa di kalbu daripada video ini, 
"Itulah mereka ( Palestinian) ustazah, mereka ini ada IMAN dan MARUAH"

Jawab ustazah,
"Kalau rakyat Palestin kita perlu bantu untuk menaikkan ekonomi mereka. Tapi di Malaysia, kita perlu tolong untuk menaikkan IMAN dan MARUAH mereka.




11 December 2012

End of Season, Bro !

Hello peeps ! 



Lama aku tak berkarya, maklumlah hilang semangat dan ketandusan idea. Ok, let's make it a more enjoyable for you to read. Aku taknak terlalu formal sebab rasa macam nerd pulak. Well, me is not a nerdy. Just a plain genius engineering student. Lol.

Hell yeah, aku baru je habis final exam for my third semester. To those yang tak tau, I'm taking Chemical Engineering, major in Process. Bila dah semester ketiga ni baru lah aku boleh nampak siapa yang boleh tolong kita means berkawan bukan sebab kau kaya, kau hot, kau pandai, kau rajin and etc. To me, those people who has this attitude is such a loser. Yeah man, go die !

Aku bukan nak puji kau lebih lebih kawan tapi jujur, kau banyak tolong aku sepanjang sem 3. Aku tak rasa down macam lepas final exam sem 2. I'm feel lucky. Memang ada je yang cakap macam macam pasal kau, jangan rapat dengan kau lah ape lah but who are you man? Aku tak suka sebenarnya orang macam ni. Kalau kau ada masalah dengan orang lain, please jangan nak menghasut orang lain jugak. Aku pun tau ramai tak suka aku tapi ada aku kisah ke loser? Lol.

As long as aku tak kacau hidup korang, so get away lah. Sebab aku bukan mintak duit korang pun nak makan, nak isi minyak kereta, nak beli kasut. Semua duit mak bapak aku bukan duit mak bapak korang. Ada paham?  Tiba tiba aku emo. Ini semua pengaruh kawan Merlimau aku sorang tu. Hahaha ! Ini welcoming post aku je, ala ala macam artis baru balik from tour. Kena cari idea balik untuk blog ni. So that's it. Nanti aku update lagi.

26 February 2012

Hidup Jangan Jadi Gampang !

Assalamualaikum.

Agak lama aku menyepi dalam dunia blog disebabkan jadual yang sangat sangat padat. Skill menulis pun dah teruk. Lupakan pasal tu, kita terus fokus kepada topik kali ni.


Jangan cakap kalau tak betul, jangan tegur kalau sendiri tak baik, jangan marah kalau salah sendiri, jangan menunjuk2 kalau tiada, jangan berangan tapi tak usaha, jangan mengutuk kalau sendiri pun buat salah.

Ada yang terasa ke? Maaflah, cuma diri ni nak ingatkan je kat kawan kawan yang lain. Memang lumrah manusia, perasaan cemburu dan ketidakpuasan hati tu sentiasa ada. Tapi, sebagai manusia yang berakal, kawal lah emosi kita tu. Takkan lah semua benda yang orang buat kita tak puas hati kan? 

Jangan macam tu, kawan. Jangan rasa diri tu terlalu hebat sampaikan bila ada orang yang lebih sikit, mula tak tentu hala. Mulut menjaja cerita bukan bukan. Rezeki masing masing. Terimalah seadanya, bukan timbul rasa tak puas hati. Kalau betul kau tak puas hati dengan seseorang, tak salah kan bagitau depan depan? Barulah bermaruah sikit. Setuju?

Kalau tak setuju, takpe. Fikirlah dulu. Manusia bukan semua sama. Rambut je sama hitam, hati lain lain. Lebih baik kita cari kesalahan diri sendiri dulu daripada sibuk cari kesalahan orang lain. Uruskan diri sendiri dulu. Kalau rasa dah cukup perfect baru cari pasal dengan orang lain. Tapi ada ke yang perfect? Hidup ni kena jadi orang, jangan jadi gampang. :D

23 November 2011

Lima, Cukup Tak?

Assalamualaikum


Aku dalam mood bercuti sekarang. Yeah, I mean semester break for 2 months. Mungkin aku akan kerap update blog ni. Okay, this time aku nak cakap pasal sikap kita.  


Ingat masa zaman korang sekolah berasrama penuh, MRSM, teknik atau hostel dulu? Well, let me guess. First, solat berjemaah tu satu kewajipan. Macam macam program ilmu akan ada kat surau especially lepas maghrib. Masa ni lah kita boleh dapat macam macam ilmu. Ye, zaman persekolahan lah kita dididik untuk solat lima waktu.



Kalau nak cerita pasal sekolah aku, aku akui rules kat sana sangat ketat. Macam sekolah tentera pun ada tapi aku sangat bersyukur dapat masuk sana. Aku masih ingat lagi Cikgu Ghani ada cakap, tak payah lah nak tunjuk alim sangat sebab habis sekolah nanti solat pun tak tentu cukup lagi. Dulu masa dia cakap macam tu, aku pelik. What the hell lah kan cakap macam tu?  Yelah, hari hari kita solat takkan lah dah habis nanti boleh tinggal pulak.


But, bila dah masuk alam universiti ni baru aku nampak berapa ramai lah sangat yang solat. Aku bukan nak cakap aku baik mana pun sebab aku pun kadang kadang terlajak jugak solat tu especially Subuh. And waktu ni lah paling susah orang nak buat. Tapi kita kenalah muhassabah diri. Takkan nak duduk di takuk lama je kan? Sangat kecewa bila satu bilik tu tak solat. Tak solat lima waktu sebab dorang macam ambik remeh je. Dalam hati tertanya tanya, apa yang dorang belajar masa kat sekolah dulu? Kesian dengan umat Islam sekarang kan?


If sebut clubbing, shisha, aweks dengan pantas dorang bersiap. Cuba cakap solat? Alahai, lemah terus badan tu. Kalau ye pun korang tu malas nak pergi majlis ilmu but please lah. Solat tu jangan tinggal. Masa SPM dulu, kemain ramai lagi yang pergi surau buat solat hajat, taubat dengan dhuha. Sekarang ni? Ada korang buat lagi? Aku yakin tak. If ada pun tak ramai. Itu solat sunat. Solat wajib macam mana?


Jadi fikir balik, dah cukup belum solat lima waktu hari ni? Remaja, remaja jugak. Enjoy, enjoy jugak. Takkan dah tua nanti baru nak sedar kan? Fikir fikir lah. Ye, aku tau ramai tak suka bila cerita atau pandangan berbentuk keagamaan ni. Biasalah tu orang Melayu. So Malaysian!