13 December 2012

Nikmat Allah

Assalamualaikum and Hellooo :)

Bila aku buka twitter, ramai yang mengeluh tentang kehidupan mereka. Ada yang rasa hidup mereka susah. Hidup mereka tak aman. Tapi, sedar tak bahawa Allah dah beri kita berbagai macam nikmat? 

Ada yang jadi Doktor, jadi Engineer tapi hidup mereka tidak semestinya indah belaka. Kadang kadang orang yang tidak punya apa apa lagi indah hidup mereka. Bila kita asyik duduk termenung memikirkan diri sendiri, bayangkan pula kesusahan yang dialami orang lain. 

Ingat, Allah itu Maha Adil. Dia dah membahagi bahagikan rezeki untuk hambanya dengan sempurna. Mungkin hidup kita di dunia ini miskin tapi di Akhirat nanti, pasti akan berbeza. Kalau kau rasa hidup kau susah, pasti ada yang lagi susah. Ingat ingat dan ingat. Bersyukur lah dengan nikmat Allah. 


Aku menangis bila tengok video ni. Sedih dengan diri sendiri yang kurang bersyukur. Bila aku rasa diri aku lalai, aku akan ulang ulang dan ulang video ni. I hope by sharing this video will make us become more grateful person. Insyaallah.  

No comments: