23 November 2011

Lima, Cukup Tak?

Assalamualaikum


Aku dalam mood bercuti sekarang. Yeah, I mean semester break for 2 months. Mungkin aku akan kerap update blog ni. Okay, this time aku nak cakap pasal sikap kita.  


Ingat masa zaman korang sekolah berasrama penuh, MRSM, teknik atau hostel dulu? Well, let me guess. First, solat berjemaah tu satu kewajipan. Macam macam program ilmu akan ada kat surau especially lepas maghrib. Masa ni lah kita boleh dapat macam macam ilmu. Ye, zaman persekolahan lah kita dididik untuk solat lima waktu.



Kalau nak cerita pasal sekolah aku, aku akui rules kat sana sangat ketat. Macam sekolah tentera pun ada tapi aku sangat bersyukur dapat masuk sana. Aku masih ingat lagi Cikgu Ghani ada cakap, tak payah lah nak tunjuk alim sangat sebab habis sekolah nanti solat pun tak tentu cukup lagi. Dulu masa dia cakap macam tu, aku pelik. What the hell lah kan cakap macam tu?  Yelah, hari hari kita solat takkan lah dah habis nanti boleh tinggal pulak.


But, bila dah masuk alam universiti ni baru aku nampak berapa ramai lah sangat yang solat. Aku bukan nak cakap aku baik mana pun sebab aku pun kadang kadang terlajak jugak solat tu especially Subuh. And waktu ni lah paling susah orang nak buat. Tapi kita kenalah muhassabah diri. Takkan nak duduk di takuk lama je kan? Sangat kecewa bila satu bilik tu tak solat. Tak solat lima waktu sebab dorang macam ambik remeh je. Dalam hati tertanya tanya, apa yang dorang belajar masa kat sekolah dulu? Kesian dengan umat Islam sekarang kan?


If sebut clubbing, shisha, aweks dengan pantas dorang bersiap. Cuba cakap solat? Alahai, lemah terus badan tu. Kalau ye pun korang tu malas nak pergi majlis ilmu but please lah. Solat tu jangan tinggal. Masa SPM dulu, kemain ramai lagi yang pergi surau buat solat hajat, taubat dengan dhuha. Sekarang ni? Ada korang buat lagi? Aku yakin tak. If ada pun tak ramai. Itu solat sunat. Solat wajib macam mana?


Jadi fikir balik, dah cukup belum solat lima waktu hari ni? Remaja, remaja jugak. Enjoy, enjoy jugak. Takkan dah tua nanti baru nak sedar kan? Fikir fikir lah. Ye, aku tau ramai tak suka bila cerita atau pandangan berbentuk keagamaan ni. Biasalah tu orang Melayu. So Malaysian!  

3 comments:

Anonymous said...

bagus ustaz! hehehe

Anonymous said...

ghani...

Amir Oman Hafiz Ahmad Suhaimi said...

ibadat oleh 1 org muda lebih Allah sukai berbanding 1000 org tua.
(mafhum hadith)