1 August 2011

Surat Untuk Anda

Untuk generasi akan datang,




Jangan pernah kamu bergantung harap pada sesuatu dengan begitu pasti dan bulat bulat melainkan pada Dia. Tak semua perkara kita mampu berhadapan dengan ekspresi yang tenang dan gembira. Kadang kadang kita lupa, orang yang kita temui harinya mungkin tak seindah kita. Jadi, jangan tutup sebelah mata dalam melihat sesuatu perkara. Tenung dalam dalam, renung ke akar umbinya. Konklusi takkan dapat dicari melainkan dijalankan eksperimentasi. Usah gelojoh, melompat terus meninggalkan hipotesis dan melupakan objektif. Hidup ini bukan berteraskan kamu sahaja. Masih banyak yang perlu ditimbang tara sebelum memutuskan sesuatu kata.

And you know what, the most important thing is your sincerity towards your sense of duty. Ingat tujuan utama kamu mulakan apa yang kamu ada dan kerjakan pada ini ketika.

credit to ky !


Selamat menyambut bulan Ramadhan. Moga ibadah kita diterima oleh Allah :)

3 comments:

Anonymous said...

percaya hanya pada Yang Esa. asah kudrat dan tenaga hingga ke tulang rusuk. jika takdir katakan ia, maka itulah jawapannya.

salam ramadhan buat anda ;)

Anonymous said...

ehhhh, shhheeeraaaammmm nihhh

Anonymous said...

puasa jangan tinggal oooo