Assalamualaikum
Agak lama aku tinggalkan blog ni. Bukan taknak update tapi ada beberapa masalah yang perlu aku selesaikan terlebih dahulu. Okay, kali ni jom kita berdebat tentang tajuk kat atas tu. Anyone?
Memandangkan aku baru je mendaftar sebagai seorang mahasiswa, minggu orientasi atau silaturahim tu dah jadi kebiasaan. Lagi lagi untuk pelajar baru. Masa ni lah nak membentuk balik keyakinan diri dalam diri, biasalah cuti lama sangat. Duduk rumah pun bukan buat apa je pun. Berkomunikasi dengan orang lain lagi lah jarang. So, inilah permulaan yang baik.
Aku tau program yang diatur untuk minggu orientasi ni dah disusun dengan begitu rapi. Tapi apakan daya kalau ada orang yang menjadikan medium ni untuk menyebarkan dakwah politik dalam ucapan beliau. Slot yang disediakan, Slot Bersama Tokoh Muda. Tajuknya, Pelajar Holistik : Cemerlang Akademik & Ko-kurikulum. Persoalan disini, macam mana tiba tiba slot ucapan tu boleh bertukar menjadi slot politik? Hebat orang politik sekarang ni. Dorang jadikan pelajar universiti untuk sebarkan ideologi mereka.
Penceramah ni memang bagus, menerapkan cara Islam dalam pembelajaran seharian. Banyak cara dia ajar untuk jadi pelajar cemerlang. Memang bagus! Itu aku tabik. Tapi semasa ucapan dia, mesti diselitkan sedikit dengan politik. At first tu ingat biasa biasa je. So, im okay with that. Tak kisah pun lah kan kalau nak masuk sikit sikit politik tu, sekarang ni dalam mana mana ucapan pun macam tu jugak.
But, bila nak habis ucapan dia tu. Suddenly, beliau nak end up dengan isu semasa. Okay, tiba tiba cerita pasal Bersih 2.0, pasal liwat, ketuanan Melayu and etc. What the hell lah kan? Aku datang sini bukan nak dengar kau cerita pasal politik kau tu. Paling best, suruh semua orang bangun and cakap "Awak liwat!". Apebenda ni weh? Kau nak tuju kat sape ni? Nak je aku lempang muka kau time tu jugak. And fyi, politik Malaysia sangat suck! Korang bukan berjuang untuk sesape pun but pentingkan diri sendiri je. Semua orang tau tu.
Kalau nak tarik sokongan belia pun bukan dengan cara macam ni. Kalau korang bagus berkhidmat untuk negara, orang pun boleh nampak. And you will get support from us automatically. Sape je yang taknak pemimpin yang bagus kan? Tak perlulah gunakan taktik macam ni. You said, all of you will get only the truth from me. But, i guess not. Sory bro, you just the same with others.
Btw, aku bukan someone yang minat politik pun. Hanya disebabkan politik, korang boleh putus kawan. Trust me! Aku dah tengok dengan mata kepala sendiri. Itu baru kat kawasan perumahan. Macam mana yang kat atas atas tu? Sure lah lagi teruk. Pandai bermuka muka. So, I dont love to live in that way. Kalau nak berpolitik pun, make sure bukan ditempat pengajian, Tengok balik apa tujuan sebenar korang datang. Nak belajar or nak berpolitik? Fikir fikirkan lah ye kawan kawan! :)
If anyone nak tau sape penceramah tu, can email me. Thanks!

3 comments:
saya minat entri awak..tapi tak le nak komen lebuh2 sbb saya bawah umur...
thanks btw :) takpe, kita bebas bersuara. jangan takut.
aku tau universiti mana yang kau maksudkan dan aku melalui perkara yang sama seperti yang kau lalui. Dah kau duduk universiti tu , dah memang label itu . Memang dah dia akan cerita itu . HAHAHA.
Kau cakap jangan membuta tuli . Asalnya universiti adalah kawasan bebas berpolitik. Tapi itu dahulu la sehingga auku dan akta 175 menyekat perkara 10 perlembagaan persekutuan.
Kesan daripada auku , mahasiswa di malaysia menhadapi penyakit bebalisme dan hedonisme. Ranking menurun. Bro , politik itu siasah dalam islam. Dan bermakna pentadbiran.
Universiti merupakan kawasan manusia - manusia yang cemerlang dikumpulkan . dan intelektual ini lah yang dipertanggungjawabkan untuk memikirkan masalah - masalah dan menjadi suara bagi marhaen di luar sana. Kalau kau rujuk balik zaman student power , memang kau akan tabik la .
Just kau ingat je pesanan ni , Mahasiswa bukan sekadar bahan untuk diprogramkan dan menjadi produk untuk dipasarkan . Tapi , lebih dari itu bro. Kecemerlangan bukan sekadar di bilik kuliah. Universiti di luar tu mengejek2 je korang di Malaysia.Kalau kau rujuk balik ikrar kau sebagai pelajar pun kau rasa bengang . HAHA.
Just fikirkan dasar mereka.
Post a Comment