14 June 2011

Teenagers Life

Assalamualaikum


Beberapa hari lepas aku duduk bersembang dengan kawan kawan aku dekat restoran fast food yang memang famous kat area Bangi ni. Yeah guys, apa yang boleh aku cakap life remaja sekarang ni dah berbeza sangat. Korang boleh lihat sendiri sekarang ni students university lagi suka study dekat McD, KFC, Burger King or etc daripada study dekat bilik. Tapi itu tak kisahlah, korang punya suka sebab duit korang bukan duit aku.




But, dari pemerhatian aku sekarang ni remaja makin lama makin liar. Know why? Hisap rokok memang dah jadi satu kebiasaan sekarang ni. Maybe dorang rasa cool agaknya and bangga bila hisap benda tu. Aku tak kisah kalau lelaki yang hisap tapi aku pelik bila si penghisapnya tu perempuan. Omg! Apa dah jadi sekarang ni? Tak malu ke? Dahlah Melayu then boleh selamber je hisap. And aku bertambah kesian bila tengok dalam group lelaki tu ada sorang je perempuan. Memang sosial habis lah, join sekali hisap rokok. Sedih. 


Sekarang ni pulak ramai je perempuan suka pakai baju ketat ketat. Kalau boleh, nak kasi terus nampak kat semua orang shape badan dorang. And bila baju tu dah ketat, means dada pun of coz lah akan tersembul jugak. Mana rasa sifat malu kalau pakai baju pun dah serupa tak pakai baju. Better korang bogel je. Nak cakap sikitlah yang mana suka pakai baju ketat tu, kucing yang ada 8 tetek pun tak menunjuk, ni manusia baru ada 2 tetek tapi menunjuknya nak lebih. Tak payah nak menunjuk sangatlah. Simpan je untuk bakal suami korang nanti. 


Satu lagi, ramai yang suka warnakan rambut, yedak? Kenapa eh? Tak bangga ke Allah dah kasi korang rambut warna hitam? Cantik je, takda pun yang tak cantik ciptaan Tuhan ni. Patutnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Takpayah lah nak warna sana warna sini. Nak jadi Korea ke apa, tak payah. Ini aku tengok dah macam air karat rambut korang tu. Btw, kita boleh beza warna perang asli dengan yang fake. Solat tu macam mana ye? Err, korang dah besar, pandailah fikir yang mana betul.


Btw, nasihat untuk perokok semua. Kami tak marah anda merokok tapi asapnya sila telan semua. Sebab kami taknak disebabkan anda, kami jugak dapat penyakit. Kepada wanita di luar sana, tak salah nak berfesyen tapi kawal sikitlah cara pemakaian tu. Apa guna pakai tudung tapi bajunya ketat kan?


Aku tak kisah kalau ramai nak maki maki aku sebab tulis pasal benda ni. Lagipun apa yang aku tulis ni betul kan? Bukan aku reka cerita. So, terpulang kat korang nak terima ke tak. Habis baca post ni, baca header blog ni. Korang akan paham nanti. Insyaallah sama sama kita berubah :D