8 August 2011

Mata Pena Hati

Setahu aku, salah satu daripada hamba yang dijanjikan teduhan-Nya di hari bangkit sana ialah pemerintah yang adil. Saksama. Bukannya tanda seseorang pemerintah itu perlu miliki satu dunia, maka keadilan akan dapat dirasa oleh rakyatnya. Begitu ironik melihatkan pemerintah kita yang bercakar cakaran, hanya semata mata untuk memilik setitik kuasa yang mana langsung tiada makna jika dibandingkan dengan empunya kuasa sebenar benarnya.


Hairan bukan, bagaimana minda dikuasai nafsu- bagaikan selamanya hidup di dunia. Mencari cari silap semua yang ada, memijak kepala yang tidak berdosa dan pelbagai lagi angkara dicipta untuk mengukuhkan tempat yang ada. Tamak, haloba.

Aku doakan semoga mereka tahu, yang ditanya di dalam kubur sana bukanlah berapa ramaikah yang telah mereka takluk - tetapi berapa ramaikah yang telah mereka tolong.

*credit to ky

No comments: