Assalamualaikum.
Pernah tak korang rasa diri tu kat atas? Maksud aku apa yang korang target sume terkabul. Ye, aku pernah rasai jugak. Lagi lagi bila result exam. Bayangkan bila apa yang korang nak, dalam genggaman korang je. Feel like you at the top of the world.
Tapi ingat, kita bukan ada kat atas untuk selamanya. Sebab hidup kita ni macam roda. Kita pasti akan turun jugak, cuma kita tak tau je bila. Itu sebab kita jangan jadi bongkak, sombong, takbur and etc. Lagi lagi bila result kita lagi gempak daripada orang lain. Hasil yang kita dapat tu patutnya kita bersyukur bukan untuk perli perli orang lain yang result dia kurang gempak.
Jangan ingat bila kita always dapat result power, masa depan kita terjamin gila. Jangan mimpi beb! Sebab orang yang setakat SPM je pun boleh jadi kaya raya daripada orang yang belajar tinggi tinggi. Itu sebab jangan perlekehkan orang lain sebab kita pun tak tau masa depan kita nanti macam mane. Rezeki masing masing, kita tak tau macam mane.
Mungkin nanti bila kau jumpa dia balik someday, dia dah pakai ferrari. Kau pulak dulu asyik kutuk dia je, setakat pakai kereta lama jugak. Tak menyesal korang? Lagipun apa yang kita buat, Allah pasti akan balas balik sama ada kat dunia atau akhirat.
Maaf kalau ada yang terasa tapi aku cuma nak mengingatkan je. Yela, manusia ni senang lupa. Cepat bangga diri bila dapat sesuatu kejayaan. Kalau setakat bergurau takpe jugak, ni jalan pun pandang orang lain semacam je. Macam lah kau perfect gila.
So, cubalah kita ubah diri kita. Jaga cara percakapan dengan perangai korang. Takut nanti ada yang terasa hati. Jangan suka ikut emosi sendiri je sebab orang lain pun ada perasaan juga, bukan perasaan kau sorang je yang kena jaga. Thanks for reading guys!

No comments:
Post a Comment