28 April 2011

Kesedaran Kita Tentang Alam Sekitar Teruk!

Assalamualaikum.


Memandangkan minggu ni aku diexpose tentang masalah alam sekitar, so aku pun nak kongsi dengan korang semua. Ye, mungkin kita tak ambik peduli pasal ni. Ada tu taknak ambik tau pun pasal alam sekitar. Aku tau ada dalam kalangan kita semua. 




Tengok gambar kat atas tu. Apa yang korang rasa kalau korang sendiri kat tempat dorang? Sungai yang teruk tercemar ni jadi tempat untuk dorang cari pendapatan. Ramai tak rasa dan tak peduli sebab negara kita ada banyak punca air. Tapi sebenarnya, banyak sungai yang tercemar. Aku bagi contoh, Sungai Merlimau kat Melaka. 


Air sungai sekarang dah jadi hitam. Terkejut? Agak agak korang nak ke mandi or ambik air kat situ? Mestilah tak, tapi lain kat luar negara dorang akan mandi and ambik air untuk minum even tercemar. Sebab punca air dorang sangatlah sikit. 


Kita tak mengerti erti syukur dalam hidup ni. Hanya tau nak senang tapi tak fikir akibat yang datang kemudian yang kita sendiri taknak tanggung. Banyak kilang kilang buang solid waste dalam sungai tanpa fikir akibatnya. Sebab apa? Sebab nak cepat kaya. Sebab sikap tamak tu ada dalam diri. 


Apa punya perangai tu?


Tapi aku pelik jugak, sebab kita ada akta, ada undang undang but sungai kita still tercemar dari hari ke hari. Mungkin ada penyelewengan? Ada kepentingan orang kat atas sana? Sudah semestinya. Kalau tak, mana mungkin kilang kilang yang melanggar undang undang senang je terlepas. Sebab dorang ada connection ataupun orang dalam. 


Ada banyak lagi faktor sebenarnya tapi ini yang lebih penting. Kalau macam tu baik takpayah buat akta semua kan? Kita pun kenalah ubah sikap. Banyak lagi pencemaran berlaku kat negara kita ni. Ini baru pencemaran air. Udara? Bunyi? Banyak gila. Macam mana dengan generasi akan datang? Cuba kita menyumbang untuk negara. Even tak banyak tapi adalah jugak daripada takde.




Takkan kita nak sungai kita jadi macam ni? Fikir fikirkan lah sebab alam ni jadi tanggungjawab kita untuk jaga daripada musnah. Ingat, kita ni hidup tak lama pun. Jangan kita nanti disalahkan sebab pelbagai penyakit baru muncul. Sebab pencemaran yang kita sendiri buat. Masa tu takde sapa lagi nak dipersalahkan kecuali diri kita sendiri! 


So, guys. Read. Think. Open your mind.   

No comments: