Assalamualaikum.
Agak lama aku tak update blog ni. Busy dengan aktiviti harian plus aku agak malas. Keadaan kat sini yang agak sunyi dengan kekatu setiap malam yang merimaskan aku membuatkan aku nak share something.
Well, beberapa hari yang lepas ada seorang pegawai kerajaan ni datang kat tempat aku praktikal ni. Background dia sangat bagus, sambung belajar dekat Jepun for her degree and master. And im quite respect jugak. Bukan senang nak belajar kat sana. Tapi apa yang buat aku meluat kat dia bila dia cakap, sory sy dah lama sangat duduk Jepun, so bahasa sy tak berapa bagus. What the hell lah kau cakap macam tu?
Sejak lahir dia memang duduk sana ke sampai cakap macam tu? Macam mana lah kita nak majukan, kalau dengan bahasa sendiri pun kita malu. Bahasa asing kita agung agungkan. Macam aku ada cakap dalam post sebelum ni, tak salah kalau kita belajar bahasa lain tapi bahasa ibunda kita janganlah lupa pulak.
Pelik jugak dia cakap macam tu, takkan lah housemate dia semua orang Jepun kan? Takkan setiap masa dia cakap Jepun kan? Korang pun boleh fikir sendiri. Cikgu aku belajar kat Canada pun, balik sini fasih je cakap bahasa Melayu. Boleh je cakap dialek negeri negeri lain. Apa yang bezanya bila dia speaking jela. Itu memang aku salute lah but she never told me yang dia ada masalah bila berbahasa Melayu.
So, kawan kawan yang dapat fly tu janganlah lupa diri. Ingatlah sikit, kita ni orang Melayu. Once Melayu, kita tetap orang Melayu. Jangan lupa diri and lupakan bahasa ibunda kita. Orang Jepun pun tak macam kita, dorang bangga dengan bahasa sendiri sampaikan bahasa Inggeris pun dorang tak peduli.
Just nak beri peringatan sebab kita ni mudah lupa. Its a fact. Sama sama lah kita beringat.
No comments:
Post a Comment