3 April 2011

Sifat Suka Membazir. Adakah Anda?

Assalamualaikum semua. 


Entri kali ni bertumpu kat topik yang aku rasa dah memang selalu orang bincangkan. Tapi, musykilnya ada tak kita ambil peduli? Kebanyakkan tak, sebab dorang sikit pun tak kisah. And, aku nak share sikit ilmu kali ni even aku tau post kali ni akan kurang dapat sambutan. 



Yela, tak ramai yang suka baca post macam ni. Dorang lagi tertarik pasal cerita cerita cinta. Betul kan? And, post kali ni akan panjang sikit sebab ada kawan aku cakap, post post aku sebelum ni pendek. 


So guys, we start our story. 


Aku tau ramai yang punya macam macam keinginan. Kalau boleh semua nak beli. For girls, nak baju baru, beg baru and semua baru. Guys pulak, kasut bola baru, gajet, beg sling baru and apa apa yang baru lah, janji yang baru kan? Termasuk lah aku sendiri. Kalau ada duit sikit je, mula lah kaki tu gatal nak pergi shopping mall. Nak menambah koleksi peribadi lah katakan. 


Well, fyi guys ini adalah tabiat manusia bila dapat rezeki yang banyak daripada Allah SWT. Semua ni akan menyebabkan dorang lupa rezeki tu sebenarnya kurniaan Allah. Dan ramai yang dah salah guna apa yang Allah dah bagi kat kita. Sepatutnya rezeki tu digunakan ke jalan yang betul.


Actually, pembaziran ni ada 3 jenis iaitu pembaziran masa, harta/duit dan tenaga. Ni semua berpunca dari sikap kita sendiri yang lalai dan terlalu taksub untuk capai cita cita. Semua sibuk sangat kejar dunia sampai nak manage diri sendiri pun dah tak mampu.


And sekarang ni pulak hidup bermewah dah jadi budaya hidup. Kes ni banyak berlaku kat golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dorang cuba nak tiru hidup mewah even dorang tau sebenarnya tak mampu.  Sanggup tu beli kereta mewah walaupun gaji kecil je. Sebab dorang hanya nak bermegah megah dengan orang lain. Nak kasi orang hormat dekat kita. But guys, itu bukan caranya. 


Kita tak perlu nak berbelanja mewah untuk dapatkan rasa hormat orang kat kita. Bila kita membazir untuk sesuatu yang tak perlu, kita jugak sebenarnya dah lupa tanggungjawab sebenar pada keluarga. Ada anak bini yang perlu diberi makan. Takkan la gaji kita hanya cukup cukup untuk hidup saja kan? Orang cakap, biarlah pakai kereta murah pun, asalkan dalam poket ada duit. Nak apa saja semua boleh dapat. 


Btw, ada 9 bentuk pembaziran yang korang perlu tau.


1. Pembaziran Ilmu Pengetahuan 
Ni bila kita ada ilmu tapi kita tak amal kan dengan cara yang betul.


2. Pembaziran Amalan
Apa saja yang kita lakukan tapi bukan dengan hati yang ikhlas.


3. Pembaziran Kekayaan
Rezeki yang Allah kurniakan pada kita tapi kita belanjakan pada benda yang tak bermanfaat.


4. Pembaziran Hati
Hati kita kosong, langsung takde untuk Allah.


5. Pembaziran Tubuh Badan
Kesihatan tubuh badan yang sihat Allah kasi tak kita gunakan untuk beribadah kepadaNya.


6. Pembaziran Cinta
Cinta terhadap manusia lebih daripada kita cintakan Allah.


7. Pembaziran Masa
Masa yang banyak, kita sia siakan dan tak diuruskan dengan baik.


8. Pembaziran Akal
Akal fikiran hanya digunakan untuk memikirkan hal keduniaan semata mata.


9. Pembaziran Zikir
Tidak gunakan peluang yang ada untuk menyebut dengan betul, bersikap sambil lewa dan hanya main main ketika berzikir.


Islam pun suruh kita hidup bersederhana kan? Ingat, harta yang kita ada tu bukan hak mutlak kita tapi milik Allah. Kita kena berfikir panjang sebelum nak buat sesuatu keputusan agar kita dapat elakkan pembaziran. 


Dan lebih baik lagi, kalau rezeki yang kita dapat lebih tu kita bantu orang yang lebih memerlukan. Takkan habis semua harta kita kalau kita bersedekah tapi akan dilipat gandakan lagi oleh Allah. Tu jugak sebagai tanda syukur kita atas nikmat yang Allah berikan. 


So guys, jom kita berubah ke arah kebaikan. Buang sifat suka membazir dalam diri kita. Cuba berubah sikit sikit. Lama lama pasti terus hilang dalam diri tu. Tak perlu nak menunjuk apa yang kita ada. Just jadi orang yang simple and bersederhana. Itu lagi manis dipandang orang.



No comments: