6 April 2011

Apasal Servis Hospital Kerajaan Teruk?

Assalamualaikum.


Cakap je doktor, semua orang respect gila. Kira antara job yang semua orang kalau boleh dia nak. Tapi makin lama, respect orang kat doktor pun makin kurang. Bukan semua bermasalah, tapi tu lah. Bila dah sorang buat hal, yang lain pun dapat nama jugak.



Apa yang aku sedih sebab baru baru ni member aku sakit perut, maybe gastrik dia datang balik. So, dia pun pergilah PPUM. Nak cakap punya teruk servis, dah lah tunggu lama macam orang gila. Bila masuk, tak check apa apa then doktor tu boleh tanya pulak. Nak ubat je ke atau nak ambik darah?

Awak doktor atau dia yang doktor?

Please la, jangan tunjukkan kebodohan kau tu. Kau yg belajar tinggi, sepatutnya kau yg lagi tau. Boleh siap marah marah lagi suruh cepat sebab kawan aku tanya dia, which one is better? Biasalah kan, kita bukannya ambik perubatan.

Doktor tu suruh decide cepat sebab dia nak attend ramai lagi pesakit. Takde kualiti langsung. Dia lagi pentingkan kuantiti daripada kualiti. Serius kau tak layak jadi doktor dengan sikap macam tu.

Sebab nak jadi doktor, mental korang kena kuat. Even kerja lama macam mane pun, tanggungjawab tu kena utamakan dulu. Kau jugak yang nak jadi doktor, nak berkhidmat untuk orang ramai. So, kepada bakal bakal doktor, kuatkan mental korang dulu. Ingat kita berhadapan dengan nyawa, bukan barang mainan. 

Bukan nak cakap semua doktor macam tu tapi certain je lah. Jangan lah sampai pesakit menyumpah korang balik. Tak elok macam tu. Kat kawan kawan aku yang ambik or bakal ambik medic, kuatkan semangat korang. Jaga nama baik korang nanti bila dah jadi doktor. Berkhidmat untuk orang ramai dengan ikhlas jangan marah marah. Korang jugak yang dapat pahala. So, all the best!

No comments: