Hye guys ! Macam mane perkembangan hidup sekarang? Harap semua bagus bagus belaka. Memandangkan aku baru je balik dari kem yang sangat bosan. So, aku pun nak share something based on my observation for a few days.
Tau tak apa masalah remaja zaman sekarang ni? Lagi lagi yang muda, maksud aku lepasan sekolah. Aku paham tak ramai yang matured lagi waktu usia macam ni tapi atleast janganlah tunjuk sangat tahap tak matang korang tu. Well, aku akui ramai je pada masa ni cuba cari identiti diri sendiri, itu hak korang.
Tapi masalah bagi aku bila ada segelintir yang suka nak tunjuk pandai. You know what I meant? Senang cerita, korang tak tau pape tapi berlagak macam korang hebat. Sikit pun taknak tanya orang lain, rasa diri tu dah hebat sangat. Bila kat depan mulalah melalut tak tentu pasal.
Memang korang rasa korang betul tapi tak fikir ke berapa ramai yang tak suka dengan perangai korang tu? Tak salah kalau korang nak tonjolkan bakat kepimpinan tu tapi biarlah betul caranya. Tanya orang yang lagi berpengalaman. Jangan kita jadi bodoh sombong sebab tak kemana pun. Kalau nak jadi orang hebat, diri pun kenalah hebat. Tak perlu malu untuk bertanya. Biar kita nampak bodoh asalkan pelbagai ilmu kita dapat.
Ijazah tergulung, sudah mahu cabar sarjana. Hormat sikit orang tua. Diam tak mesti kagum cuma malas mahu mengaum.
Nasihat aku untuk semua, biarlah nampak bodoh sekarang, jangan kemudian hari kita dipanggil bodoh. Bila dah macam tu, orang pasti akan pandang hina kat kita. Kita renungkan ayat ni. Fikir fikirkan sebab aku pasti korang semua dalam kalangan orang orang yang hebat !

No comments:
Post a Comment